- Bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam
- Beroperasi pada setiap hari iaitu pada hari Isnin sehingga hari Ahad pada setiap semester.
Kumpulan kami sebulat suara telah memilih air batu campur sebagai kajian berkumpulan. Hal ini demikian kerana, Air Batu Campur yang dijual oleh Puan Badariah dan Encik Azizan amat istimewa dan kebanyakan pelanggan mereka amat menyukai Air Batu Campur yang dijual di situ. Jualan air batu campur ini kelihatannya sangat laris kerana air batu campur yang dijual oleh mereka terdapat pelbagai jenis dan perisa. Terdapat lima jenis Air Batu Campur yang dijual iaitu Air Batu Campur Biasa yang berharga RM1.70, Air Batu Campur + Milo berharga RM2.00, Air Batu Campur Jagung berharga RM2.00, Air Batu Campur + Ais Krim Keladi/Jagung berharga RM2.20, dan Air Batu Campur + susu + kacang berharga RM2.00.
No comments:
Post a Comment