Tuesday 20 December 2011

PENYEDIAAN ABC SRI NONGKA

Bahan-bahan untuk membuat ABC

Sagu berwarna merah

     Sagu berwarna hijau

Jagung Manis


Kacang tanah yang dikisar

Susu Pekat F&N

Cendol

Kacang merah


Ketulan ais



                                                           Gula merah

Manisan pandan


Manisan ros


Ais krim perisa keladi atau jagung

 Serbuk Milo

PEMILIK KEDAI ABC SRI NONGKA

 
PUAN BADARIAH BINTI HASHIM BERSAMA ANAK PEREMPUANNYA KETIKA DITEMUBUAL.

ENCIK AZIZAN BIN EMBUN,SUAMI KEPADA PUAN BADARIAH SEDANG GIGIH MENGURUSKAN PERNIAGAAN ABC MEREKA

AKTIVITI UTAMA PERNIAGAAN.

Kedai Minuman Sri Nongka beroperasi:-
  • Bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam 
  • Beroperasi pada setiap hari iaitu pada hari Isnin sehingga hari Ahad pada setiap semester.                      
    Pemilik perniagaan minuman Medan Selera EON (Sri Nongka) menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis minuman dan juga Air Batu Campur yang menjadi pilihan utama bagi kumpulan kami untuk menjalankan kajian. Pelbagai jenis minuman yang boleh didapati di kedai minuman Puan Badariah seperti Air Sirap, Air Keladi, Air Anggur, Air Jagung, Air Teh, Air Milo, Air Nescafe, Air Sirap Bandung, Air Cincau, Air Soya, Air Laici dan jus buah-buahan pula seperti Jus Tembikai, Jus Oren, Jus Pisang dan Jus Jambu Batu.
          Kumpulan kami sebulat suara telah memilih air batu campur sebagai kajian berkumpulan. Hal ini demikian kerana, Air Batu Campur yang dijual oleh Puan Badariah dan Encik Azizan amat istimewa dan kebanyakan pelanggan mereka amat menyukai Air Batu Campur yang dijual di situ. Jualan air batu campur ini kelihatannya sangat laris kerana air batu campur yang dijual oleh mereka terdapat pelbagai jenis dan perisa. Terdapat lima jenis Air Batu Campur yang dijual iaitu Air Batu Campur Biasa yang berharga RM1.70, Air Batu Campur + Milo berharga RM2.00, Air Batu Campur Jagung berharga RM2.00, Air Batu Campur + Ais Krim Keladi/Jagung berharga RM2.20, dan Air Batu Campur + susu + kacang berharga RM2.00.

    Sejarah Penubuhan Kedai ABC Sri Nongka


          Kedai Minuman Medan Selera EON atau lebih terkenal dengan panggilan “Sri Nongka” adalah sebuah kedai yang terletak di Dewan Penginapan Pelajar Eon iaitu berdekatan dengan Blok A bagi penginapan mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Kedudukan Medan Selera EON atau Sri Nongka ini tersergam indah di atas bukit berhadapan dengan Dewan Penginapan Pelajar Petronas.

                Kedai minuman ini dimiliki penuh oleh sebuah keluarga yang bahagia iaitu Puan Badariah Binti Hasyim bersama suaminya Encik Azizan Bin Embun. Keluarga ini berasal dari Negeri Kedah Darul Aman dan sehingga kini mereka menetap di Kampung Tualang, Mukim Binjai, Jitra Kedah Darul Aman.Mereka bersepakat untuk memilih nama Syarikat BBH Ceria Enterprise sebagai nama kedai minuman mereka.Sewa yang perlu dibayar pada setiap bulan adalah sebanyak RM600.00 sebulan. Di samping itu,mereka mempunyai seorang pekerja lelaki yang bernama Zaherman bin Zakaria yang berusia 28 tahun. Gaji yang diberikan kepada pekerja mereka ialah RM50 untuk satu malam kerana pada waktu siang pekerja mereka berkhidmat dibawah Syarikat UPSB. Hanya waktu malam sahaja perkhidmatan pekerjanya diperlukan untuk membantu melancarkan perniagaan mereka. 

                Sebelum Puan Badariah dan suaminya, Encik Azizan Bin Embun memilih Sri Nongka sebagai lokasi untuk perniagaan mereka, mereka pernah memulakan perniagaan di rumah iaitu pada tahun 2000, dan menjalankan perniagaan selama setahun iaitu menjual pisang goreng. Kemudian, mengembangkan perniagaan pisang goreng mereka di kawasan Universiti Utara Malaysia iaitu di Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar MISC pada tahun 2001 sehingga 2002. Pada tahun 2003 sehingga tahun 2006 mereka melakukan peralihan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis minuman di LEGO Medan Selera di gerai minuman (nombor 2). Setelah tiga tahun melakukan perniagaan minuman di LEGO Medan Selera, Puan Badariah dan suaminya mengambil keputusan untuk memohon pertukaran lokasi perniagaan di mana-mana sahaja Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar di Universiti Utara Malaysia. Semasa mengisi borang permohonan, mereka diberi pilihan sebanyak tiga Medan selera iaitu Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar TNB, Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar Petronas dan Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar EON (Sri Nongka). Pihak Universiti Utara Malaysia iaitu Syarikat BBH Ceria Enterprise menawarkan Medan Selera EON (Sri Nongka) sebagai tapak perniagaan minuman mereka. Setelah mendapat kelulusan daripada Syarikat BBH Ceria Enterprise, mereka memulakan perniagaan minuman pada 29 Disember 2006.
       Permulaan modal yang dikeluarkan untuk pengoperasian kedai minuman mereka di Medan Selera Eon (Sri Nongka) ialah sebanyak RM20,000.00. Modal yang diperolehi adalah daripada sumber simpanan sendiri dan juga pinjaman daripada Bank Rakyat. Pinjaman wang yang diperolehi oleh mereka adalah bertujuan untuk membeli keperluan asas perniagaan mereka iaitu membeli peti sejuk untuk penyimpanan bahan mentah yang berharga RM1000, mesin air batu campur yang berharga RM380, rak-rak yang dibina di dalam kedai tersebut iaitu berharga RM10,000 dan baki wang yang diperolehi digunakan untuk membeli bahan-bahan mentah.
                Sehingga kini, perniagaan minuman mereka masih lagi beroperasi di Medan Selera EON (Sri Nongka). Puan Badariah dan suaminya, Azizan Bin Embun menyatakan kepuasan hati mereka berniaga di kawasan tersebut kerana kawasan yang diberikan amat strategik iaitu terletak di atas bukit dan amat berdekatan dengan penginapan mahasiswa DPP EON serta kawasan yang bersih serta udara yang nyaman dapat menarik perhatian pelanggan-pelanggan untuk menjamu selera di situ.       

    HARGA ABC SRI NONGKA

    ABC BIASA
    RM1.70 

    Bahan-bahan yang digunakan:- 
     
    1 sudu besar cendol, 
    1 sudu besar jagung manis, 
    1 sudu sagu, 
    1 sudu besar buah kabung,
    1 sudu kacang merah
    1 mangkuk kisaran ais,
    1 senduk kecil manisan sirap ros,
    1 senduk kecil manisan sirap pandan,
    susu pekat secukup rasa.
                

    ABC BIASA + KACANG + SUSU
                                                                    RM 2.00
    Bahan-bahan yang digunakan:- 
     
    1 sudu besar cendol, 
    1 sudu besar jagung manis, 
    1 sudu sagu, 
    1 sudu besar buah kabung,
    1 sudu kacang merah,
    1 mangkuk kisaran ais,
    1 senduk kecil manisan sirap ros,
    1 senduk kecil manisan sirap pandan,
     susu pekat secukup rasa.
    dan
    1 sudu besar kacang tanah yang dikisar. 
       

     ABC JAGUNG
    RM  2.00
    Bahan-bahan yang digunakan:- 
     
    1 sudu besar cendol, 
    1 sudu besar jagung manis, 
    1 sudu sagu, 
    1 sudu besar buah kabung,
    1 sudu kacang merah
    1 mangkuk kisaran ais,
    1 senduk kecil manisan sirap ros,
    1 senduk kecil manisan sirap pandan,
    1 senduk kecil perisa jagung
    susu pekat secukup rasa,
     1 sudu besar kacang tanah.


    ABC MILO
    RM2.00

    Bahan-bahan yang digunakan:- 
     
    1 sudu besar cendol, 
    1 sudu besar jagung manis, 
    1 sudu sagu, 
    1 sudu besar buah kabung,
    1 sudu kacang merah
    1 mangkuk kisaran ais,
    1 senduk kecil manisan sirap ros,
    1 senduk kecil manisan sirap pandan,
    susu pekat secukup rasa.
    1 sudu besar Milo.
                



    ABC SPECIAL-ICE CREAM
    RM2.20

    Bahan-bahan yang digunakan:- 
     
    1 sudu besar cendol, 
    1 sudu besar jagung manis, 
    1 sudu sagu, 
    1 sudu besar buah kabung,
    1 sudu kacang merah
    1 mangkuk kisaran ais,
    1 senduk kecil manisan sirap ros,
    1 senduk kecil manisan sirap pandan,
    susu pekat secukup rasa.
    1 scoop ais krim jagung/ais krim keladi.
























































































    Friday 9 December 2011

    SiaPaKah EmPunya Blog ini??

    Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan!!

    Blog nie sebenarnya dah lama dah kami creat....tapi masa tak mengizinkan kami BERLIMA untuk potpet2 lebih panjang kat blog kami nie..so...malam nie kami nak memperkenalkan diri kami...




                                                      Perrrhhhh!!manisnyer gadis nie smile=)
                                                          Haaa...ini lah dia ketua group kami...
                                                         Nama dia Nor Atikah Binti Zakaria...
                                                             Berasal dari negeri Kelantan..
                                   Semester 5,amik course Bachelor Management of Technology,
                                                               Universiti Utara Malaysia..
                                          Seronok berurusan dengan dia..suka ketawa sokmo...



               aloololo....manjanye dier....cun kan...hah ni plak Wan Nur Atiqah Binti Wan Salleh
                                                  Berasal dari negeri Kelantan jugak..
       Semester 5,amik course Bachelor Management of Technology,Universiti Utara Malaysia..
                              dia nie plak jenis pemalu tapi sebenarnya ramah dan baik hati=)


        Haa..nie dia orang Kedah...anak jati Kedah nie..nama dia Nurul Ashifa Binti Abdul Jalil
                            amik course Bachelor Business Administration,Semester 5..
                        dia nie memang kelakar gile...ramah dan mudah mesra alam=)


    Yang comel berbaju biru ni plak nama dia Nur Husnina Binti Hasan
    Gadis nie berasal dari Kelantan..
    Semester 5,amik course Bachelor Management of Technology,Universiti Utara Malaysia..
    seorang gadis yang pendiam,pemalu,lemah lembut n suka tolong kawan2=)



                        and....the last one person nie nama dia Siti NurFariha Binti Muhamad
                                     anak kelahiran negeri Perak..dan berasal dari Perak.
                            Semester 5,amik course Bachelor Marketing,Universiti Utara Malaysia
                                tak dak apa pon special tentang dia nie melainkan suka tidur
                                                   dan mengadap laptop 24 jam..haha..


                                                 OKEY TUE JE TENTANG KAMI BERLIMA...
                                       NANTI HARI LAIN KAMI POTPET POTPET LAGI YER....

    ASSALAMUALAIKUM AND SWEET DREAM!!!


    ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
    SAYANG ANDA SEMUA
    ♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥




    Thursday 8 December 2011

    ABC SRI NONGKA YANG SPECIAL

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia=)
      
    Hai kawan-kawan semua!!!!
    Blog nie kami buat khusus untuk promote Air Batu Campur Sri Nongka....
    Tau tak kat mana kedai nie??
    hurmmm....kalau nak makan ABC yang paling sedap sila la singgah kat MEDAN SELERA EON yang famous dengan penggilan SRI NONGKA..Harganya pun berbaloi sangat dengan kelazatan rasanya hingga gian nak lagi bermangkuk-mangkuk!!!

    Lokasi Kedai:-
    • terletak di area Dewan Penginapan Pelajar EON,
    • tersergam indah di atas bukit bersebelahan dengan Blok A,Dewan Penginapan Pelajar EON dan berhadapan dengan Dewan Penginapan Pelajar Petronas...
    • paling penting!!!lokasi kedai nie terletak kat dalam UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ok!!
    • kat UNIVERSITI lain takder ABC yang sedap camni okey...hehehe=p
    Sebenarnya ABC kat kedai minuman ni ade 5 menu.
    Semua best2...tapi kami sempat snap 3 je..nanti kami tambah lagi picture ABC yang lain..Dont worry=)
    Okey..Jemput laa makan sekali!!!sedap tau=) 

    Yummy...yummy...sedap giler!!sampai licin kami makan...so kalau nak tahu kehebatan dan kelazatan ABC Sri Nongka,singgah2 la kat sana try beli semangkuk,gerenti nak lagi..jangan tak cuba tau!!

    Okey tu jer untuk hari nie...sok kami celoteh lagi ok=))

                               Salam manis dari kami..bye2...
                                                   -ChiLL-