Tuesday 20 December 2011

AKTIVITI UTAMA PERNIAGAAN.

Kedai Minuman Sri Nongka beroperasi:-
  • Bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 11.00 malam 
  • Beroperasi pada setiap hari iaitu pada hari Isnin sehingga hari Ahad pada setiap semester.                      
    Pemilik perniagaan minuman Medan Selera EON (Sri Nongka) menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis minuman dan juga Air Batu Campur yang menjadi pilihan utama bagi kumpulan kami untuk menjalankan kajian. Pelbagai jenis minuman yang boleh didapati di kedai minuman Puan Badariah seperti Air Sirap, Air Keladi, Air Anggur, Air Jagung, Air Teh, Air Milo, Air Nescafe, Air Sirap Bandung, Air Cincau, Air Soya, Air Laici dan jus buah-buahan pula seperti Jus Tembikai, Jus Oren, Jus Pisang dan Jus Jambu Batu.
          Kumpulan kami sebulat suara telah memilih air batu campur sebagai kajian berkumpulan. Hal ini demikian kerana, Air Batu Campur yang dijual oleh Puan Badariah dan Encik Azizan amat istimewa dan kebanyakan pelanggan mereka amat menyukai Air Batu Campur yang dijual di situ. Jualan air batu campur ini kelihatannya sangat laris kerana air batu campur yang dijual oleh mereka terdapat pelbagai jenis dan perisa. Terdapat lima jenis Air Batu Campur yang dijual iaitu Air Batu Campur Biasa yang berharga RM1.70, Air Batu Campur + Milo berharga RM2.00, Air Batu Campur Jagung berharga RM2.00, Air Batu Campur + Ais Krim Keladi/Jagung berharga RM2.20, dan Air Batu Campur + susu + kacang berharga RM2.00.

    No comments:

    Post a Comment