Tuesday 20 December 2011

Sejarah Penubuhan Kedai ABC Sri Nongka


      Kedai Minuman Medan Selera EON atau lebih terkenal dengan panggilan “Sri Nongka” adalah sebuah kedai yang terletak di Dewan Penginapan Pelajar Eon iaitu berdekatan dengan Blok A bagi penginapan mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Kedudukan Medan Selera EON atau Sri Nongka ini tersergam indah di atas bukit berhadapan dengan Dewan Penginapan Pelajar Petronas.

            Kedai minuman ini dimiliki penuh oleh sebuah keluarga yang bahagia iaitu Puan Badariah Binti Hasyim bersama suaminya Encik Azizan Bin Embun. Keluarga ini berasal dari Negeri Kedah Darul Aman dan sehingga kini mereka menetap di Kampung Tualang, Mukim Binjai, Jitra Kedah Darul Aman.Mereka bersepakat untuk memilih nama Syarikat BBH Ceria Enterprise sebagai nama kedai minuman mereka.Sewa yang perlu dibayar pada setiap bulan adalah sebanyak RM600.00 sebulan. Di samping itu,mereka mempunyai seorang pekerja lelaki yang bernama Zaherman bin Zakaria yang berusia 28 tahun. Gaji yang diberikan kepada pekerja mereka ialah RM50 untuk satu malam kerana pada waktu siang pekerja mereka berkhidmat dibawah Syarikat UPSB. Hanya waktu malam sahaja perkhidmatan pekerjanya diperlukan untuk membantu melancarkan perniagaan mereka. 

            Sebelum Puan Badariah dan suaminya, Encik Azizan Bin Embun memilih Sri Nongka sebagai lokasi untuk perniagaan mereka, mereka pernah memulakan perniagaan di rumah iaitu pada tahun 2000, dan menjalankan perniagaan selama setahun iaitu menjual pisang goreng. Kemudian, mengembangkan perniagaan pisang goreng mereka di kawasan Universiti Utara Malaysia iaitu di Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar MISC pada tahun 2001 sehingga 2002. Pada tahun 2003 sehingga tahun 2006 mereka melakukan peralihan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis minuman di LEGO Medan Selera di gerai minuman (nombor 2). Setelah tiga tahun melakukan perniagaan minuman di LEGO Medan Selera, Puan Badariah dan suaminya mengambil keputusan untuk memohon pertukaran lokasi perniagaan di mana-mana sahaja Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar di Universiti Utara Malaysia. Semasa mengisi borang permohonan, mereka diberi pilihan sebanyak tiga Medan selera iaitu Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar TNB, Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar Petronas dan Medan Selera Dewan Penginapan Pelajar EON (Sri Nongka). Pihak Universiti Utara Malaysia iaitu Syarikat BBH Ceria Enterprise menawarkan Medan Selera EON (Sri Nongka) sebagai tapak perniagaan minuman mereka. Setelah mendapat kelulusan daripada Syarikat BBH Ceria Enterprise, mereka memulakan perniagaan minuman pada 29 Disember 2006.
   Permulaan modal yang dikeluarkan untuk pengoperasian kedai minuman mereka di Medan Selera Eon (Sri Nongka) ialah sebanyak RM20,000.00. Modal yang diperolehi adalah daripada sumber simpanan sendiri dan juga pinjaman daripada Bank Rakyat. Pinjaman wang yang diperolehi oleh mereka adalah bertujuan untuk membeli keperluan asas perniagaan mereka iaitu membeli peti sejuk untuk penyimpanan bahan mentah yang berharga RM1000, mesin air batu campur yang berharga RM380, rak-rak yang dibina di dalam kedai tersebut iaitu berharga RM10,000 dan baki wang yang diperolehi digunakan untuk membeli bahan-bahan mentah.
            Sehingga kini, perniagaan minuman mereka masih lagi beroperasi di Medan Selera EON (Sri Nongka). Puan Badariah dan suaminya, Azizan Bin Embun menyatakan kepuasan hati mereka berniaga di kawasan tersebut kerana kawasan yang diberikan amat strategik iaitu terletak di atas bukit dan amat berdekatan dengan penginapan mahasiswa DPP EON serta kawasan yang bersih serta udara yang nyaman dapat menarik perhatian pelanggan-pelanggan untuk menjamu selera di situ.       

1 comment:

  1. Titanium screws | TITIAN ART & TECHNICAL SIZES
    This new slot titanium tv apk has a top quality titanium flat iron metal head with the best titanium 4000 quality. aftershokz trekz titanium These slots have a design with a great design and features which are perfect for ford escape titanium 2021

    ReplyDelete